Ancaman kepada biodiversiti Spesies ceroboh

Rencana utama: Biodiversity

Pencerobohan biotik merupakan satu dari lima faktor utama kehilangan biodiversiti sejagat dan semakin meningkat akibat pelancongan dan globalization. Ia merupakan ancaman khusus akibat sistem air tawar yang tidak dikawal dengan mencukupi, sungguhpun kuarantin dan peraturan air pemberat telah memperelokkan keadaan dari aspek lain.[40]

Dalam sejarah, pengenalan secara sengaja spesies asing telah dilakukan tanpa menghirau kesan selain mendapat haiwan, ikan, atau tumbuhan yang diingini di tempatan atau cubaan salah rancang bagi mengawal perosak tempatan. Di kawasan dengan haiwan dan tumbuhan endemik, khusus dan terasing seperti Australia, New Zealand, Madagascar, Kepulauan Hawai, dan Kepulauan Galapagos, spesies yang diperkenalkan yang berjaya bertakap di ekologi yang digunakan oleh haiwan tempatan bersaing bagi sumber terhad atau memburu spesies tempatan, yang sesetengahnya tidak mampu menyesuaikan diri kepada persekitaran yang bersaing dan akhirnya pupus.

Ketika spesies yang lebih mudah menyesuaikan diri dan umum diperkenalkan kepada persekitaran yang terjejas akibat aktiviti manusia, sesetengah spesies tempatan mungkin terjejas sementara yang lain berkembang dalam ekosistem yang bertukar. Salah satu ancaman utama kepada biodiversiti adalah penyebaran manusia ke kawasan yang dahulunya terasing dengan pembukaan tanah dan penempatan memberi tekanan besar kepada spesies tempatan. Pertanian, ternakan dan perikanan juga mendatangkan perubahan kepada spesies asal tempatan yang mungkin mengakibatkan spesies tempatan yang dahulunya tidak merbahaya menjadi perosak akibat pengurangan pemangsa semulajadi.

Berkaitan